Friday, January 2, 2009

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PELAWAT 2008

SESI MESYUARAT / PERJUMPAAN AHLI LEMBAGA PELAWAT RKKTAF KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2008.

Dalam tempoh enam bulan kedua tahun 2008 setelah dimaklumkan perlatikan Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF baru berkuatkuasa 01 MAC 2008 hingga 28 FEBRUARI 2010, beberapa sesi perjumpaan dan mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat yang baru dilantik telah dapat dilaksanakan .

Semua Ali Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan telah dimaklumkan tentang perlantikan oleh Kementerian berkenaan ( Jabatan Kebajikan Mayarakat Malaysia ) melalui surat rasmi Pengetua RKKTAF Kuantan bertarikh 17 Julai 2008.

Sebanyak tujuh kali sesi mesyuarat / perjumpaan Ahli Lembaga Pelawat telah dapat dilaksanakan seperti keperluan / dijadualkan.


1) Perjumpaan / Mesyuarat Sempena Perlantikan Baru Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan – 24 JULAI 2008

2) Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kali Pertama – 25 Ogos 2008

3) Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kali Kedua – 10 September 2008

4) Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF (Khas) – 27 September 2008 sebagai persediaan Jamuan Hari Raya Oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang pada Hari Kedua Hari Raya Aidil Fitri meraikan penghuni RKKTAF bertempat di RKKTAF Kuantan.

5) Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kali Ketiga – 15 Oktober 2008

6) Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kali Keempat –20 November 2008

7) Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kali Kelima – 17 Disember 2008


Terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijadualkan tersebut .

Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF amat bertuah kerana dalam perjumpaan pertama sempena perlantikan baru Ahli Lembaga Pelawat telah turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang.

Pada setiap kali mesyuarat diadakan, pihak pentadbiran RKKTAF sentiasa diwakili oleh Pengetua, Timbalan Pengetua atau wakil yang membolehkan perbincangan / mesyuarat memutuskan perancangan / aktiviti untuk manfaat kanak-kanak yang ditempatkan di RKKTAF.

Seperti tahun-tahun terdahulu, seluruh Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan merakamkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang / penderma yang menyumbangkan sumbangan berbentuk wang dan lain-lain yang amat bernilai kepada seluruh penghuni RKKTAF Kuantan.

Adalah diharapkan semua penyumbang / penderma sedia ada akan meneruskan khidmat mulia tersebut. Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan amat mengalu-alukan penambahan para penderma / penyumbang baru demi manfaat kanak-kanak selaku penghuni RKKTAF ini.

Sebagai tanda penghargaan bagi setiap sumbangan kewangan berbentuk tunai/ melalui cek akan diberikan RESIT RASMI akuan penerimaan lengkap dengan Nombor Rujukan Pengecualian Cukai oleh JHDN.mengikut Warta Kerajaan bilangan 9240 bertarikh 13.10.1994

Sepanjang tahun 2009 ini, Ahli Lembaga Pelawat akan membuat penambahbaikan dalam sebarang kekurangan semasa mengendalikan tanggungjawab selaku Ahli Lembaga Pelawat seperti maksud termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007 .

“Khidmat Diberi, Ikhlas Di Hati”

Setiausaha
Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan

Tarikh: 02 Januari 2009 (Jumaat)