Tarikh - 28 JANUARI 2010 (Khamis)
Masa - 5.00 petang
Tempat - Bilik Mesyuarat RKKTAF Kuantan.
Seperti semua mesyuarat bulanan terdahulu, Mesyuarat Lembaga Pelawat kali ke-12 turut disertai oleh pihak pentadbir RKKTAF yang diwakili oleh Pengetua dan Timbalan Pengetua.
Kehadiran samada Pengetua atau pun Timbalan Pengetua adalah suatu kemestian dalam pastikan segala perkara perbincangan mencakupi aspek kebajikan kanak-kanak penghuni di RKKTAF dibuat secara terbuka dalam mesyuarat dan melaksanakan tindakan susulan bersesuaian.
Tempoh kuatkuasa perlantikan Ahli Lembaga Pelawat sesi 2008/2010 akan tamat pada 21 Februari 2010 seperti dimaklumkan dalam surat perlantikan Ahli Lembaga Pelawat.
Lembaga Pelawat RKKTAF sebagai satu badan dan individu selaku ahli dalam lembaga Pelawat telah berbuat sebaik mungkin memberi sumbangan kesukarelawan sesuai dengan motto "Khidmat Diberi, Ikhlas Di Hati" yang diwarisi daripada Lembaga Pelawat sesi terdahulu.
Dengan perkembangan ICT, Lembaga Pelawat sesi 2008/2010 mewujudkan BLOG khas untuk merakamkan hal-hal berkaitan Lembaga Pelawat RKKTAF serta perjalanan RKKTAF sendiri.
Perkara dan aktiviti yang dapat dilaporkan dan dirakamkan adalah sebahagian kecil daripada semua aktiviti sebenar.
Melalui BLOG ini, Lembaga Pelawat sesi 2008/2010 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak organisasi, koperat, para dermawan, tokoh dan orang perseorangan yang tidak dapat disebutkan namanya satu persatu di sini.
Kepada Pentadbir dan kakitangan RKKTAF, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Lembaga Pelawat merakamkan berbanyak terima kasih atas kerjasama diberikan semasa kami menjalankan amanah tersebut.
Ahli Lembaga Pelawat selaku insan biasa tidak sunyi daripada kelemahan dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Kami mohon banyak maaf atas sebarang kekurangan kami tersebut.
Kepada Ahli Lembaga Pelawat yang bakal menyambung amanah nanti adalah diharapkan dapat meneruskan motto Lembaga Pelawat RKKTAF "Khidmat Diberi, Ikhlas Di Hati"
Terima kasih,
HJ MOHD SHARI BIN HJ MD PILUS
Setiausaha Lembaga Pelawat Sesi 2008/2010
Tarikh : 29 JANUARI 2010.
Friday, January 29, 2010
Tuesday, December 8, 2009
SEBAHAGIAN GAMBAR KURSUS PEMANTAPAN KERJA RKKTAF

NOTIS PEMAKLUMAN .... Kursus Pemantapan Kerja Kakitangan RKKTAF Kuantan

PENCERAMAH / PEMUDAHCARA TUAN HJ HAMAZAH (JKM Pahang) .... berinteraksi dengan peserta

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN .... Pn Hjh Rukiyah (Pengetua RKKTAF) ikutserta (Kanan Sekali)

SEBAHAGIAN PESERTA .... Beri tumpuan kepada maklumat disampaikan

TUAN HJ HAMAZAH DARI JKM PAHANG .... Sebagai Penceramah / Pemudahcara

SEBAHAGIAN PESERTA .... Khusuk mendengar pengisian disampaikan.
..................
KURSUS PEMANTAPAN KERJA
KAKITANGAN RKKTAF KUANTAN 2009
Pihak pentadbiran RKKTAF Kuantan telah mengambil inisiatif amat tepat dalam usaha berterusan memantapkan pengurusan pentadbiran RKKTAF Kuantan.
Selama tiga hari berturut-turut pada 07 Disember 2009 (Isnin), 08 Disember 2009 (Selasa) dan 09 Disember 2009 ( Rabu) bertempat di Annexe Rest House, Jalan Telok Chempedak, Kuantan diadakan kursus pemantapan kerja kepada semua kakitangan RKKTAF Kuantan.
Para kakitangan telah diagihkan kepada tiga kumpulan besar yang setiap kumpulan hanya perlu hadir sehari dalam waktu kerja pejabat supaya urusan pentadbiran seharian RKKTAF dan kebajikan penghuninya termasuk bayi dan kanak-kanak tidak terjejas.
Pengisian disusunatur berkaitan dengan bidang kerja dan hal-hal berkaitan supaya setiap orang pekerja memahami perkara perlu dan perkara yang terlarang sebagai petugas yang berkhidmat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat baik sepenuh masa mahupun petugas sambilan.
Tanggungjawab mereka adalah sama dan wajib saling memahami bidang tugas diri dan rakan-rakan sekerja lain iatu demi kebajikan anak-anak kurang bernasib baik terpaksa berada di RKKTAF dengan mematuhi Undang-Undang dan Peraturan sediada.
Kursus Pemantapan Kerja Kakitangan RKKTAF kali ini telah mengundang pegawai-pegawai mewakili Jabatan Kesihatan Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang sendiri bertindak sebagai penceramah / pemudahcara.
Terima kasih kepada Pengetua dan Timbalannya yang memberikan kerjasama membolehkan pihak Lembaga Pelawat merakamkan kegiatan serta gambar berkaitan dalam blog Lembaga Pelawat “Khidmat Diberi, Ikhlas Di Hati” ini.
Catatan:
Setiausaha
Lembaga Pelawat RKKTAF sesi 2008/2010
Tarikh: 08 Disember 2009.
Saturday, June 13, 2009
PERTANDINGAN PANCARAGAM INSTITUSI KANAK-KANAK, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KALI KE 14 DI KUANTAN PADA 8 – 11 JUN 2009.
Pertandingan Pancaragam Institusi Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Malaysia Kali Ke 14 tamat secara rasmi pada 11 JUN 2009
Penyertaan terbuka kepada semua Institusi kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat merangkumi STB (Sekolah Tunas Bakti), RKK (Rumah Kanak-Kanak), RTH (Rumah Tunas Harapan) dan Asrama Akhlak kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdapat seluruh Malaysia.
Acara Pertandingan Pancaragam merupakan acara tradisi sejak dahulu lagi. Mulai tahun 2009 ini, dua acara baru telah dimasukan sebagai tambahan bagi memberi lebih ruang penyertaan melalui acara Poco-Poco dan Kompang Berirama.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail, Exco Negeri Pahang selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup pada 11 JUN 2009 (Khamis) bersamaan 17 J’Akhir 1430 H bertempat di Padang Utama Kolej Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS) Kuantan.
Sebanyak kira-kira 1,200 orang perserta, pegawai pengiring dan pertugas terlibat secara langsung dalam acara Kali Ke 14 tersebut. Semua negeri kecuali Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan menghantar kontigen masing-masing ke Kuantan, Pahang.
Semua peserta dan pegawai pengiring kontigen masing-masing telah ditempat di KIPSAS dan SEMSAS (Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Kuantan) sepanjang tempoh pertandingan tersebut.
Acara tradisi pertandingan pancaragam telah dimenangi oleh STB Teluk Air Tawar, P.Pinang (Johan Kategori lelaki) dan STB Marang , Terengganu (Johan Kategori Perempuan).
Dalam acara baru diperkenalkan; RKKTAF ( RKK Tengku Ampuan Fatimah , Kuantan) menjadi Johan dalam acara Poco-Poco dan tempat keenam dalam acara Kompang Berirama. STB Sungai Besi, Selangor pula menjadi Johan dalam acara Kompang Berirama.
Tahniah kepada semua pemenang dalam acara yang diadakan. Kepada semua peserta dan pegawai pengiring, kesempatan berkampung di Kuantan dan ruang serta peluang menjalin silatulrahim adalah terlalu berharga untuk dikenang.
Atas komitmen semua peserta, para pegawai pengiring dan petugas telah menjadikan acara pertandingan kali ke 14 yang baru lepas berjaya dilaksanakan.
Jika ada sebarang kesulitan dialami semasa tempoh berada di sisi, diharapkan para kontigen memaafkan dan menerima dengan hati terbuka.
Pihak Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan merakamkan Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, JKM Negeri Pahang, KIPSAS, SEMSAS, Urusetia & Petugas Pertandingan, Para pegawai & peserta kontigen yang hadir dan semua orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan kali ke 14 yang meriah.
Sehingga berjumpa lagi dalam acara pertandingan Kali ke 15, diakhiri dengan pantun penutup kata:
“Makan berangan manis
Tergigit pahit, buangkan
Ingatlah kenangan manis
Jikalau pahit, buangkan”
Catatan oleh: Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF
Sumber Maklumat: Timbalan Pengetua RKKTAF
Tarikh: 12 JUN 2009 / 18 J’Akhir 1430 H (Jumaat)

Thursday, April 2, 2009
SUMBANGAN AMAT DIHARGAI.
LALUAN KE RKKTAF KUANTAN

DI BAHAGIAN KIRI PINTU MASUK

DI LALUAN MEMASUKI RKKTAF

DI BAHAGIAN KANAN PINTU MASUK

DI BAHAGIAN KIRI PINTU MASUK

DI LALUAN MEMASUKI RKKTAF

DI BAHAGIAN KANAN PINTU MASUK
RKKTAF Kuantan Pahang sangat mengalukan sebarang sumbangan bakti kepada kanak-kanak penghuni yang ditempatkan di sini.
Pengurusan RKKTAF ini diuruskan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Peraturan-Peraturan Kanak-kanak (tempat Selamat) 2007.
Dari semasa ke semasa banyak pihak individu baik secara peribadi mahupun mewakili badan atau organisasi tertentu (kerajaan dan bukan kerajaan) hadir ke RKKTAF untuk menyampaikan sumbangan ataupun berurusan dengan Pengetua semata-mata demi kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak di sini.
Kerjasama tuan dan puan sangatlah dihargai dalam mematuhi peraturan keluar masuk demi mematuhi tatacara keselamatan RKKTAF Kuantan.
Sumbangan dalam bentuk kewangan tunai dan cek akan diberikan resit rasmi pengakuan terimaan yang mendapat pelepasan dikecualikan cukai oleh LHDN.
BARANGAN YANG TIDAK DIBENARKAN / MOHON TIDAK SUMBANGKAN:
(a) Makanan ringan dan yang seumpamanya.
(b) Pakaian buruk
(c) Barangan busuk.
(d) Untuk maklumat lanjut - sila telefon Pejabat RKKTAF Kuantan: 09 - 5667866
Sedikit panduan bagi memudahkan para dermawan yang tidak biasa dengan lokasi dan yang ingin hadir sendiri ke RKKTAF.
(a) RKKTAF Kuantan terletak di Jalan Tengku Muhamad berhampiran dengan kompleks sekolah ( SMK. Alor Akar, SMK Tenkik Kuantan, SMK Teknik Pelindung, SMK Tengku Ampuan Afzan dan SK Assunta Kuantan)
(b) Bukit Pelindung jelas kelihatan dari RKKTAF.
(c) Bersetentangan RKKTAF adalah kompleks Polis.
(d) Jalan mudah ke RKKTAF adalah melalui Jalan Kuantan-Kemaman, Terengganu.
Jika dari bandar Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu - Sila belok ke kanan di persimpangan LAMPU ISYARAT berhampiran bangunan Jabatan Pemetaan & Ukur Malaysia, Pahang.
Jika dari Kemaman, selepas Beserah seperti di atas , sila belok ke kiri.
Jarak dari persimpangan ke RKKTAF kuantan kira-kira 500 meter.
Lembaga Pelawat dan seluruh warga RKKTAF mengalukan dan menghargai semua sumbangan / derma ikhlas para dermawan semenjak kewujudan RKKTAF tahun 1964 .
Setiausaha
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan
Tarikh: 02 APRIL 2009
Sunday, March 15, 2009
SESI PERJUMPAAN BERSAMA P.U.U KEMENTERIAN
Sesi Perjumpaan Bersama-sama P.U.U Kementerian yang telah diatur oleh pihak Pengetua RKKTAF Kuantan telah dilaksanakan pada jam 2.45 petang 14 MAC 2009 (Sabtu) bertempat di Bilik Tetamu / Pelawat RKKTAF.Seramai lapan orang dari Ahli Lembaga Pelawat dapat menghadirkan diri dan empat orang tidak dapat hadir atas halangan yang tidak dapat dielakkan.
Kami Ahli Lembaga Pelawat yang hadir amat bertuah dapat bersua muka dan berinteraksi duahala secara bebas bersama rombongan dari Kuala Lumpur mewakili Kementerian Pembangunan Wanita & Kebajiakan Masyarakat (KPWKM) dalam suasana kekeluargaan untuk kebajikan kanak-kanak yang berada di RKKTAF Kuantan khasnya dan semua "tempat selamat" seluruh Malaysia mengikut peruntukasn Undang-Undang sediada.
Sesi Perjumapaan tamat kira-kira jam 5.15 petang dirasakan begitu singkat sekali walaupun mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Kami Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF mendapat input yang amat berguna dalam memantapkan khidmat kami yang telah diamanahkan untuk sesi 2008/2010.
Rumusan dan dapatan sesi perjumpaan tersebut akan dibentangkan dan diperbincangan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF akan datang pada 23 MAC 2009 (Isnin) jam 9.30 pagi. Kehadiran semua ahli amatlah dihargai.
Dirakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rombongan dari Ibu Pejabat Kementerian di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Shamsiah A. Rahman Penasihat Menteri (Bahagian Hal Ehwal JKM)dan disertai oleh Tuan Ahmad Razif b Mohd Sidek PUU(1)dan Cik Zuriyati Mohd Noor PUU (4) .
Adalah dirasakan amat baik perjumpaan serupa dapat diadakan untuk semua Ahli Lembaga Pelawat secara berpusat dengan Menteri berkenaan disamping sedikit pengiktirafan kepada semua Ahli Lembaga Pelawat seluruh Malaysia sekali dalam tempoh perlantikan mereka.
Catatan:
Setiausaha
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan
Tarikh: 15 MAC 2009 (Ahad)
.................................................................................
PINDAAN DERAF BORANG PELAPORAN AHLI LEMBAGA PELAWAT
===================================================
Dilampirkan cadangan DERAF ( Pindaan ) baru kepada format Deraf Pelaporan sediada pada setiap Ahli Lembaga Pelawat setelah mengambil maklum dapatan dan keperluan mengemaskini borang pelaporan Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan yang tersedia hasil sesi perjumpaan bersama PUU Kementerian tersebut. Terima kasih kepada Penolong SU atas saranan penambahbaikan borang pelaporan . Sila kemukakan saranan / cadangan penambahbaikan dalam mesyuarat akan datang kepada cadangan pindaan terbaru di bawah:
PELAPORAN LAWATAN LEMBAGA PELAWAT RKKTAF KUANTAN
Lawatan oleh anggota Lembaga Pelawat :
Peraturan 12.(1) Lawatan sekurang-kurangnya dua kali sebulan atau lebih
(2) Laporan anggota / jawatankuasa dikemukakan kepada Setiausaha
Lembaga
(3) laporan seperti dalam subperaturan (2) hendaklah termasuk butir-butir
yang berikut:
(a) Pemerhatian am tentang pengurusan keseluruhan tempat selamat
(b) Pemerhatian am tentang aktiviti kanak-kanak
(c) Pemerhatian am tentang keselamatan, kebajikan am dan kesejahteraan kanak-kanak
(d) Kebersihan tempat selamat, terutamanya asrama, bilik tidur kanak-kanak, bilik pengasingan, bilik sakit, bilik main, bilik makan dan bilik air
(e) Catatan tentang keberkesanan program dan aktiviti kanak-kanak tersebut
(f) Aduan daripada kanak-kanak, jika ada
(g) Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
(h) Masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dan kakitangan dalam mengendalikan kanak-kanak
CATATAN:
Peraturan 12 secara bersama melibatkan peraturan-peraturan 10, 11, 13, 14, 15, 16 , 17
dalam Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007; Akta Kanak-Kanak 2001 [Warta Kerajaan] bertarikh 08 November 2007) di muka surat: 5136 - 5139 Lembagapelawatrkktaflembagapelawatrkktaflembagapelawatrkktaflembagapelawatrkktaflem
NOTA PENGISIAN BORANG PELAPORAN:
1. Fomat Pelaporan disediakan bagi memudahkan tugasan ahli Lembaga Pelawat.
2. Pengisian Borang Pelaporan hanya di ruang pemerhatian sebenar dilakukan semasa lawatan ahli Lembaga Pelawat.
3. Tinggalkan mana-mana bahagian kosong yang tidak dilakukan pemerhatian dengan menanda / menulis ….TIDAK BERKENAAN
4. Ahli Lembaga Pelawat dikehendaki menulis nama , tarikh, masa dan menandatangani di ruang disediakan.
5. Serahkan borang ini kepada Pengetua / Timbalan Pengetua / Setiausaha Lembaga Pelawat untuk tindakan / urusan seterusnya dalam tempoh sepuluh hari..
6. Pengetua / Timbalan Pengetua menyerahkan borang laporan kepada Setiausaha jika ahli lembaga pelawat / jawatankuasa membuat serahan kepada Pengetua / Timbalan Pengetua.
7. Semua borang pelaporan yang telah diisikan akan disimpan dalam fail / folder khas untuk rujukan pihak berkenaan dan penulisan pelaporan berkaitan..
8. Format Pelaporan ini tertakluk kepada pindaan mengikut kesesuaian bagi menepati peraturan 10,11,12,13,14,15,16,17 dalam Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007, Akta Kanak-Kanak 2001.
Setiausaha Lembaga Pelawat
RKKTAF Kuantan 2008/2010
15.03.2009 (Ahad)

.................................................................................................
SILA TULISKAN SKALA MENGIKUT MAKSUD
5 = TERBAIK
4 = BAIK
3 = MEMUASKAN / SESUAI
2 = KURANG MEMUASKAN
1 = LEMAH / TIDAK SESUAI
PEMERHATIAN AM (a – c) SKALA:____
( a ) Pengurusan keseluruhan RKKTAF
( b ) Aktiviti Kanak-Kanak
( c ) (i) Keselamatan Kanak-Kanak
(ii) Kebajikan am & kesejahteraan Kanak-Kanak
RINGKAS: Catatan / Pandangan / Cadangan Ahli Lembaga Pelawat (jika ada):
KEBERSIHAN (d )SKALA:____
( d ) (i) asrama
(ii) bilik tidur
(iii) bilik pengasingan
(iv) bilik sakit
(v) bilik main
(vi) bilik air – bilik mandi, sinki
(vii) bilik air – tandas

SILA TULISKAN:
ADUAN KANAK-KANAK (jika ada) (f)
& MASALAH KANAK-KANAK (g)
(1) Perkara / Hal aduan / Masalah:…………………………………………………….
(2) Tarikh & Masa kejadian / perkara / masalah:………………………………………
(3) Nama kakitangan / Staff RKKTAF berkaitan:…………………………………….
(4) Nama & Umur Pengadu (Kanak-Kanak ):…………………………………………
(5) Catatan / Saranan / Rumusan Ahli Lembaga Pelawat:
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
MASALAH PENGURUSAN & KAKITANGAN (h)
(1) Perkara / Masalah:…………………………………………………………………
(2) Tarikh & Masa kejadian / perkara / masalah:………………………………………
(3) Tindakan dibuat mengatasi masalah:……………………………………………….
(4) Nama kakitangan / Staff RKKTAF berkaitan:……………………………………..
(5) Catatan / Saranan / Rumusan Ahli Lembaga Pelawat:
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
PROGRAM & AKTIVITI KANAK-KANAK (e)
( e ) (i) Namakan Program / aktiviti:…………………………………………………….
(ii) Bilangan & Kumpulan / jantina kanak-kanak terlibat: …………………………
(iii) Nama Pembimbing / jurulatih : …………………………………………………
(Staff RKKTAF / Petugas luar ( sukarelawan/ berbayar)
(iv) Kos / Perbelanjaan & Sumber Kewangan:………………………………………
(Pengurusan: RKKTAF / Lembaga Pelawat / Derma khas)
(v) Pencapaian / impak:( penjelasan – bukti / dokumen / gambar / rekod bertulis dll)
……………………………………………………………………………………
(vi) Catatan / Saranan / Rumusan Ahli Lembaga Pelawat:
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………
PROGRAM & AKTIVITI KANAK-KANAK (e)
( e ) (i) Namakan Program / aktiviti:…………………………………………………….
(ii) Bilangan & Kumpulan / jantina kanak-kanak terlibat: …………………………
(iii) Nama Pembimbing / jurulatih : …………………………………………………
(Staff RKKTAF / Petugas luar ( sukarelawan/ berbayar)
(iv) Kos / Perbelanjaan & Sumber Kewangan:………………………………………
(Pengurusan: RKKTAF / Lembaga Pelawat / Derma khas)
(v) Pencapaian / impak:( penjelasan – bukti / dokumen / gambar / rekod bertulis dll)
……………………………………………………………………………………
(vi) Catatan / Saranan / Rumusan Ahli Lembaga Pelawat:
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………

T.Tangan Lembaga Pelawat:………………………….
Nama Ahli Lembaga Pelawat:………………………………………………………………..
Tarikh & Masa lawatan: ……..………………………. Hari:………………………………..
Borang ini diserahkan kepada * Pengetua / Timbalan Pengetua / Setiausaha Lembaga Pelawat untuk tindakan / urusan seterusnya pada: …………………..
* sila potong tidak berkenaan
……………lprkktaflprkktaflprkktaflprkktaf……………..
“Khidmat Diberi, Ikhlas Di Hati, Usaha Cemerlang, RKKTAF Gemilang”
Saturday, March 14, 2009
SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH !
Seluruh Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan, Pahang mengalu-alukan kedatangan Puan Hjh Rokiyah binti Othman dari Arau, Perlis sebagai Pengetua RKKTAF yang baru menggantikan Pn Salihah binti Kamarudin yang bertukar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang pada awal tahun 2009 ini.
Setinggi-tinggi perghargaan dan Ucapan Terima Kasih kepada Pn Salihah binti Kamarudin yang telah berkhidmat lebih kurang setahun sebagai Pengetua RKKTAF Kuantan sebelum nenjawat jawatan baru di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang bertempat di Kuantan. Terima kasih atas kerjasama yang erat diberikan kepada kami selaku Ali Lembaga Pelawat RKKTAF sesi 2008/2010.
Kepada Pengetua baru adalah diharapkan semoga tidak keberatan berkongsi pengalaman dengan kami dalam usaha bersama meningkatkan kebajikan kanak-kanak yang di tempatkan di sini dan meneruskan tradisi hubungan baik Pengetua, Staf dan seluruh warga RKKTAF dengan Ahli Lembaga Pelawat.
Setiausaha
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan
Tarikh: 14 MAC 2009 ( Sabtu )

Subscribe to:
Posts (Atom)