YANG MEMBERI & YANG MENERIMA
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, seramai kira-kira 100 orang kanak-kanak RKKTAF Kuantan amat bertuah dan bersyukur atas keprihatinan Kelab Sukan Prihatin dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membolehkan mereka memilih sendiri ‘kasut raya’ di sebuah kedai kasut Bandar Kuantan menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri 1429.
Sesungguhnya sumbangan ‘kasut raya’ tersebut amat bererti dalam hidup mereka di RKKTAF Kuantan. Yang pasti akan menambahkan keceriaan pada mereka dalam usia lima hingga tujuh belas tahun.
Terima kasih YB Datuk Shahaniza Shamsudin (ADUN Kuala Sentul, Maran) yang sudi bersama-sama meraikan dan melayan kerenah kanak-kanak tersebut. Seperti biasa ungkapan Terima Kasih Daun Keladi !
Kami berasa amat gembira bahawa secara berterusan RKKTAF Kuantan menerima sumbangan ikhlas berupa kewangan oleh badan / agensi Kerajaan dan swasta serta orang perseorangan yang prihatin.
Dari semasa ke semasa terdapat juga pihak-pihak yang menyumbangkan makanan dan pakaian (baru & terpakai) untuk diagihkan kepada kanak-kanak di RKKTAF Kuantan.
RKKTAF Kuantan juga amat bernasib baik kerana perkhidmatan gunting rambut secara percuma diberikan oleh sekumpulan sukarelawan NGO yang diaturkan sekali setiap dua bulan dan bila-bila diperlukan. Dirakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Merit Malaysia (Pahang) atas sumbangan khidmat tenaga gunting rambut percuma yang diberikan.
Sumbangan ikhlas derma berbentuk kewangan, makanan dan pakaian dan lain-lain diuruskan oleh RKKTAF Kuantan seperti diamanahkan oleh para dermawan tersebut.
Semoga lebih banyak pihak dan orang perseorangan tampil kehadapan membantu dengan memberi sumbangan derma ikhlas kepada kanak-kanak yang ditempatkan di RKKTAF Kuantan ini.
Dirakamkan dalam Prospektus Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan, Lembaga Pelawat dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat membantu meningkatkan kualiti pengurusan prasarana RKKTAF Kuantan. Di antara kemudahan tersebut yang telah dibina / diperoleh:
• Dewan Serbaguna
• Pusat Sumber RKK
• Bilik Jahitan
• Astaka Wawasan
• Landskap Padang
• Bilik Bayi ( Bahagian Sambungan)
• Sebuah Van baru
• Bilik Komputer
Diucapkan berbanyak terima kasih kepada para penderma dan sukarelawan sedia ada dan hendaknya jejak langkah para dermawan dan sukarelawan tersebut berterusan dan akan mendorongkan lebih banyak pihak ikut serta membantu mempertingkatkan kebajikan kanak-kanak di RKKTAF ini.
PENGHARGAAN KEPADA DERMAWAN
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan telah menerima sumbangan kewangan secara tunai / melalui cek yang didermakan / disumbangkan oleh badan / agensi / persatuan / swasta dan individu dari semasa ke semasa dimasukkan dalam bank seperti dikehendaki mengikut Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007 perenggan 16 (1).
Setiap sumbangan kewangan berbentuk tunai/ melalui cek akan diberikan RESIT RASMI akuan penerimaan lengkap dengan Nombor Rujukan Pengecualian Cukai oleh JHDN.mengikut Warta Kerajaan bilangan 9240 bertarikh 13.10.1994.
Mohon maaf kerana tidak dapat menyenaraikan setiap nama para dermawan .Melalui ruang ini disenaraikan para dermawan / penyumbang tanpa mencatat amaun yang disumbangkan mengikut turutan penerimaan berdasarkan rekod resit rasmi (setiap resit berasingan dalam tempoh berkenaan) bagi derma / sumbangan bernilai sebanyak seribu ringgit atau lebih .
[Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa]
Tahun 2008 (MAC – OGOS):
1. BREDERO SHAW MALAYSIA
2. SEMAQBER ENTERPRISE
3. PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG
4. DA MA CAI
5. KUMPULAN AL-FIRDAUS TMN SERI KERAMAT
6. PERSATUAN WARTAWAN WANITA M’SIA
7. JURUTERA PERUNDING KEMAJUAN SB
8. THE ESTATE OF LIM GOH TONG
Catatan:
Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan.
22 SEPTEMBER 2008 / 22 RAMADHAN 1429H
Monday, September 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment