Tuesday, January 18, 2011

ULANG TAHUN KE 10 KPWKM



Sambutan ULANG TAHUN KE 10 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT telah diadakan di PWTC pada 17 JANUARI 2011.

Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan menerima undangan hadir ke majlis tersebut. Dua orang hadir seperti jemputan - Setiausaha dan seorang ahli lembaga pelawat ( Hj Mohd Shari dan En Wan Ismail).

Aturcara bermula 1.30 tengah hari - 4.00 petang dalam "Aktiviti bersama YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat" dan diikuti Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke 6 sebaik ketibaan PM.

Kehadiran ramai jemputan terutama agensi2 dan badan NGO berkaitan serta JKM negeri2 (termasuk institusi bawah tadbiran)memeriahkan perjalanan majlis. Kehadiran melambangkan masyarakat malaysia berbilang bangsa dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, OKU dan NGO prihatin dan kakitangan kerajaan yang diamanahkan melaksanakan tanggungjawab mengerakkan fungsi KPWKM sendiri.

YB Menteri berkenaan menjelaskan secara ringkas perjalanan kementerian sejak 10 tahun lalu yang semakin bertambah bidang tanggungjawab perlu dan telah dilaksanakan untuk manfaat semua warga Malaysia tanpa mengira lokasi tempat tinggal.

YAB PM dalam ucapan perasmian pula amat berpuas hati atas sumbangan KPWKW sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan menghargai penambahbaikan perkhidmatan kepada masyarakat dari semasa ke semasa bermula seawal umur bayi hingga ke warga emas, OKU dan yang kurang bernasib baik. YAB PM merakamkan terima kasih kepada semua warga KPWKM atas khidmat telah diberikan dan mengharapkan berterusan menjalankan peranan tersebut.

Sepanjang tempoh sebaik selepas mendaftar diri hinggalah selesai majlis perasmian oleh YAB PM, hidangan makan minum percuma disajikan. Terima kasih aturkan ditempat yang strategik mudah dikunjungi untuk banyak pilihan.

Kemudahan surau ARRahman di PWTC memudahkan hadirin yang hadir dapat menunaikan kewajipan ibadah mereka dalam keadaan selesa dengan ruang solat & tempat berwudud mencukupi.

Kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan seluruh warga / kakitangannya yang berada di seluruh pelusuk Malaysia diucapkan SYABAS ! Semoga khidmat tuan / puan diterima Allah dan mendapat keredhanNYA.

Catatan laporan oleh: Setiausaha Lembaga Pelawat, RKKTAF Ktn (18.01.2011)

No comments: