Sunday, October 12, 2008

LAWATAN PESERTA KURSUS PENASIHAT MAHKAMAH


DARI KIRI..Ustaz Khairuddin (Penghulu Peserta Kursus)dan Hj Wan Md Ali...mewakili Daerah Maran ikut serta lawatan ke RKKTAF Kuantan.

EN.SHARUDIN BIN SHAR KASIM.....MENANDATANGANI BUKU PELAWAT RKKTAF SAMBIL DISAKSIKAN OLEH PENGETUA (PN SHALIHAH BT KAMARUDDIN), PN NAZARE YUSRA DAN TN HJ MOHD BASRI

DR JAL ZABDI MOHD YUSOFF...MENANDATANGANI BUKU PELAWAT RKKTAF DISAKSIKAN OLEH TUAN HJ MOHD BASRI BIN HJ HUSAIN (Fasilitator kursus merangkap Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF)

PN. NAZAREE YUSRA BT MOHD MOHAMED @ YUSOF ( Penolong Pengarah Kanan Knak-Kanak JKMN Pahang)...MENYAMPAIKAN TAKLIMAT RINGKAS TENTANG RKKTAF KUANTAN

SEBAHAGIAN PARA PESERTA MENDENGAR TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN

SEBAHAGIAN PARA PESERTA MENDENGAR TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN

Pada 11 OKTOBER 2008 (SABTU), RKKTAF Kuantan telah dilawati oleh para Peserta Kursus Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Negeri Pahang (SIRI 1/2008) terdiri daripada Penasihat Mahkamah Bagi kanak-Kanak Negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin) serta Pegawai Akhlak di Pejabat Kebajikan Daerah mewakili semua daerah dalam Negeri Pahang.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian modul kursus untuk melihat sendiri keadaan kanak-kanak yang berada di salah satu Institusi di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Bersama-sama dalam rombongan lawatan tersebut ialah Tuan Sharudin bin Shar Kasim, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Bahagian Perundangan Dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dari ibu pejabat.

Dr Jal Zabdi Mohd Yusoff , Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur selaku Pakar & Pembina Modul Kursus yang diundang khas membimbing para peserta turut serta dalam lawatan tersebut.

Pihak Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan merakamkan berbanyak terima kasih stas kesudian Tuan Sharudin bin Shar Kasim dan Dr Jal Zabdi Mohd Yussuff melawat RKKTAF dan menandatangi Buku Pelawat RKKTAF Kuantan pada 11 OKTOBER 2008.( petang)

Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan juga menyertai kursus tersebut atas jemputan Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang yang bermula pada 10 hingga 12 OKTOBER 2008.

Catatan oleh Setiausaha:
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan
12 OKTOBER 2008.

No comments: