Monday, October 20, 2008

MENJUNJUNG KASIH !








RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 1429H (2008M) DI RKKTAF KUANTAN.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang ke RKKTAF Kuantan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1429H (2008M) pada Hari Raya Kedua bersamaan 02 Syawal 1429H / 02 Oktober 2008 (Khamis) telah disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pengarah JKM Pahang, Pengetua & Lembaga Pelawat RKKTAF,Dif-Dif Jemputan dan kakitangan RKKTAF sebelum berlangsung Majlis seperti atur cara tersedia.

Dalam majlis tersebut Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah bermurah hati menyampaikan sumbangan berupa buku dan wang tunai kepada kanak-kanak di RKKTAF Kuantan yang diuruskan oleh Yayasan Abdul Aziz.

Laporan & Gambar Oleh:
Setiausaha & Bendahari Lembaga Pelawat
Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan
20 Oktober 2008 / 20 Syawal 1429H

No comments: