Monday, October 20, 2008
MENJUNJUNG KASIH !
RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 1429H (2008M) DI RKKTAF KUANTAN.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang ke RKKTAF Kuantan sempena Hari Raya Aidil Fitri 1429H (2008M) pada Hari Raya Kedua bersamaan 02 Syawal 1429H / 02 Oktober 2008 (Khamis) telah disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pengarah JKM Pahang, Pengetua & Lembaga Pelawat RKKTAF,Dif-Dif Jemputan dan kakitangan RKKTAF sebelum berlangsung Majlis seperti atur cara tersedia.
Dalam majlis tersebut Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah bermurah hati menyampaikan sumbangan berupa buku dan wang tunai kepada kanak-kanak di RKKTAF Kuantan yang diuruskan oleh Yayasan Abdul Aziz.
Laporan & Gambar Oleh:
Setiausaha & Bendahari Lembaga Pelawat
Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan
20 Oktober 2008 / 20 Syawal 1429H
Sunday, October 12, 2008
LAWATAN PESERTA KURSUS PENASIHAT MAHKAMAH
DARI KIRI..Ustaz Khairuddin (Penghulu Peserta Kursus)dan Hj Wan Md Ali...mewakili Daerah Maran ikut serta lawatan ke RKKTAF Kuantan.
EN.SHARUDIN BIN SHAR KASIM.....MENANDATANGANI BUKU PELAWAT RKKTAF SAMBIL DISAKSIKAN OLEH PENGETUA (PN SHALIHAH BT KAMARUDDIN), PN NAZARE YUSRA DAN TN HJ MOHD BASRI
DR JAL ZABDI MOHD YUSOFF...MENANDATANGANI BUKU PELAWAT RKKTAF DISAKSIKAN OLEH TUAN HJ MOHD BASRI BIN HJ HUSAIN (Fasilitator kursus merangkap Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF)
PN. NAZAREE YUSRA BT MOHD MOHAMED @ YUSOF ( Penolong Pengarah Kanan Knak-Kanak JKMN Pahang)...MENYAMPAIKAN TAKLIMAT RINGKAS TENTANG RKKTAF KUANTAN
SEBAHAGIAN PARA PESERTA MENDENGAR TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN
SEBAHAGIAN PARA PESERTA MENDENGAR TAKLIMAT YANG DISAMPAIKAN
Pada 11 OKTOBER 2008 (SABTU), RKKTAF Kuantan telah dilawati oleh para Peserta Kursus Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Negeri Pahang (SIRI 1/2008) terdiri daripada Penasihat Mahkamah Bagi kanak-Kanak Negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin) serta Pegawai Akhlak di Pejabat Kebajikan Daerah mewakili semua daerah dalam Negeri Pahang.
Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian modul kursus untuk melihat sendiri keadaan kanak-kanak yang berada di salah satu Institusi di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Bersama-sama dalam rombongan lawatan tersebut ialah Tuan Sharudin bin Shar Kasim, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Bahagian Perundangan Dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dari ibu pejabat.
Dr Jal Zabdi Mohd Yusoff , Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur selaku Pakar & Pembina Modul Kursus yang diundang khas membimbing para peserta turut serta dalam lawatan tersebut.
Pihak Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan merakamkan berbanyak terima kasih stas kesudian Tuan Sharudin bin Shar Kasim dan Dr Jal Zabdi Mohd Yussuff melawat RKKTAF dan menandatangi Buku Pelawat RKKTAF Kuantan pada 11 OKTOBER 2008.( petang)
Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan juga menyertai kursus tersebut atas jemputan Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang yang bermula pada 10 hingga 12 OKTOBER 2008.
Catatan oleh Setiausaha:
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan
12 OKTOBER 2008.
Saturday, September 27, 2008
LEMBAGA PELAWAT RKKTAF SESI 2008/2010
BERGAMBAR PADA 27.09.2008 SEBAHAGIAN AHLI LEMBAGA PELAWAT YANG HADIR SEMASA MESYUARAT KHAS MEMBINCANGKAN ATURCARA KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG DAN KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU PUAN PAHANG KE RKKTAF KUANTAN PADA HARI RAYA KEDUA SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 2008
Duduk dari kiri - Setiausaha(cikgu shari),Pengerusi (PakEngku), Pengetua RKKTAF (Pn. Salihah),Pn. Jeyarani, Bendahari (En. Chaik)
Berdiri dari kanan - Ustaz Sharafuddin (bersongkok), En. Wan Ismail, Pn. Norrimas, Pn. Sharifah, Timbalan Pengetua (Pn. Rosnani), Pakngah (Hj Basri)
TIADA DALAM GAMBAR: KakEngku, Cik Fong, Datin Safiah & Dr Selva Kumar
LEMBAGA PELAWAT BARU ( sesi 2008/2010
RUMAH KANAK-KANAK TENGKU AMPUAN FATIMAH
______________________________________________
1. YM Raja Ismail bin Raja Shahadan, AMP.,PJK. ( Pengerusi )
2. En Mohd Shari bin Md Pilus, PKT.,PPN. (Setiausaha)
3. En Chaik Meng Keng, PJK. (Bendahari)
4. Pn. Sharifah Rohani bt Syed Ibrahim (Penolong Setiausaha)
5. YM Tengku Dato’ Laily Mastura bt Tengku Hussin., DIMP.,SAP.,AMP
6. Cik Fong Ah Kam, PJK., PKC.
7. Pn. Jeyarani a/p Sivasubramaniam
8. Tuan Hj Sharafuddin Aisa bin Hj Osman, AMP
9. En Wan Ismail bin Wan Majid
10. Tuan Hj Mohd Basri bin Hj Husain
11. Datin Safiah @ Sadiah bt Samin, SAP., AMP
12. Pn. Norrimas bt Nordin
13. Dr. Selva Kumar Sivapunniam
Monday, September 22, 2008
SUMBANGAN DIHARGAI
YANG MEMBERI & YANG MENERIMA
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, seramai kira-kira 100 orang kanak-kanak RKKTAF Kuantan amat bertuah dan bersyukur atas keprihatinan Kelab Sukan Prihatin dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membolehkan mereka memilih sendiri ‘kasut raya’ di sebuah kedai kasut Bandar Kuantan menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri 1429.
Sesungguhnya sumbangan ‘kasut raya’ tersebut amat bererti dalam hidup mereka di RKKTAF Kuantan. Yang pasti akan menambahkan keceriaan pada mereka dalam usia lima hingga tujuh belas tahun.
Terima kasih YB Datuk Shahaniza Shamsudin (ADUN Kuala Sentul, Maran) yang sudi bersama-sama meraikan dan melayan kerenah kanak-kanak tersebut. Seperti biasa ungkapan Terima Kasih Daun Keladi !
Kami berasa amat gembira bahawa secara berterusan RKKTAF Kuantan menerima sumbangan ikhlas berupa kewangan oleh badan / agensi Kerajaan dan swasta serta orang perseorangan yang prihatin.
Dari semasa ke semasa terdapat juga pihak-pihak yang menyumbangkan makanan dan pakaian (baru & terpakai) untuk diagihkan kepada kanak-kanak di RKKTAF Kuantan.
RKKTAF Kuantan juga amat bernasib baik kerana perkhidmatan gunting rambut secara percuma diberikan oleh sekumpulan sukarelawan NGO yang diaturkan sekali setiap dua bulan dan bila-bila diperlukan. Dirakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Merit Malaysia (Pahang) atas sumbangan khidmat tenaga gunting rambut percuma yang diberikan.
Sumbangan ikhlas derma berbentuk kewangan, makanan dan pakaian dan lain-lain diuruskan oleh RKKTAF Kuantan seperti diamanahkan oleh para dermawan tersebut.
Semoga lebih banyak pihak dan orang perseorangan tampil kehadapan membantu dengan memberi sumbangan derma ikhlas kepada kanak-kanak yang ditempatkan di RKKTAF Kuantan ini.
Dirakamkan dalam Prospektus Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan, Lembaga Pelawat dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat membantu meningkatkan kualiti pengurusan prasarana RKKTAF Kuantan. Di antara kemudahan tersebut yang telah dibina / diperoleh:
• Dewan Serbaguna
• Pusat Sumber RKK
• Bilik Jahitan
• Astaka Wawasan
• Landskap Padang
• Bilik Bayi ( Bahagian Sambungan)
• Sebuah Van baru
• Bilik Komputer
Diucapkan berbanyak terima kasih kepada para penderma dan sukarelawan sedia ada dan hendaknya jejak langkah para dermawan dan sukarelawan tersebut berterusan dan akan mendorongkan lebih banyak pihak ikut serta membantu mempertingkatkan kebajikan kanak-kanak di RKKTAF ini.
PENGHARGAAN KEPADA DERMAWAN
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan telah menerima sumbangan kewangan secara tunai / melalui cek yang didermakan / disumbangkan oleh badan / agensi / persatuan / swasta dan individu dari semasa ke semasa dimasukkan dalam bank seperti dikehendaki mengikut Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2007 perenggan 16 (1).
Setiap sumbangan kewangan berbentuk tunai/ melalui cek akan diberikan RESIT RASMI akuan penerimaan lengkap dengan Nombor Rujukan Pengecualian Cukai oleh JHDN.mengikut Warta Kerajaan bilangan 9240 bertarikh 13.10.1994.
Mohon maaf kerana tidak dapat menyenaraikan setiap nama para dermawan .Melalui ruang ini disenaraikan para dermawan / penyumbang tanpa mencatat amaun yang disumbangkan mengikut turutan penerimaan berdasarkan rekod resit rasmi (setiap resit berasingan dalam tempoh berkenaan) bagi derma / sumbangan bernilai sebanyak seribu ringgit atau lebih .
[Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa]
Tahun 2008 (MAC – OGOS):
1. BREDERO SHAW MALAYSIA
2. SEMAQBER ENTERPRISE
3. PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG
4. DA MA CAI
5. KUMPULAN AL-FIRDAUS TMN SERI KERAMAT
6. PERSATUAN WARTAWAN WANITA M’SIA
7. JURUTERA PERUNDING KEMAJUAN SB
8. THE ESTATE OF LIM GOH TONG
Catatan:
Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan.
22 SEPTEMBER 2008 / 22 RAMADHAN 1429H

Monday, September 8, 2008
SEKALUNG BUDI
AHLI LEMBAGA PELAWAT RKKTAF KUANTAN LAMA sehingga 2008
PENASIHAT :
PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PAHANG
SENARAI NAMA AHLI:
1.DATO’ FOO BOON FONG.,DIMP., SMP.,AAP.,AMP.,PJK. ( Pengerusi )
2.EN. RAJAGOPAL A/L SRI D. KRISHNAN., AMP.,PJK ( Setiausaha )
3.EN. CHAIK MENG KENG., PJK ( Bendahari )
4.TN. HJ SYED AKIL BIN SYED MOHAMAD., PPN., PJK.
5.DATIN MARIAM BT. ISMAIL.,PKC., PKT.
6.DR. AHMAD SUKRI BIN CHE HUSSIN., AMP.,AMN.
7.PN. NOOR HASANI BINTI HAMID
8.PN. RAHIZA BINTI ZULKIFLI
9.EN. MOHD RAZALI BIN MUSTAFAR., AMP.
10.DATIN SAFIAH BINTI SAMIN .,SAP.,AMP.
11.PN. JEYARANI A/P SIVASUBRAMANIAM
12.PN. HJH SITI ESAH BINTI MAT SAAT., PKT.
13.CIK FONG AH KAM., PKC., PJK
EX-OFFICIO :
1.PENGERUSI PENYELIA INSTITUSI JKMN PAHANG
2.PENGETUA RKK TENGKU AMPUAN FATIMAH, KUANTAN

Sunday, September 7, 2008
JASAMU DIKENANG
Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF dahulu
(SUMBER:Buku Prospektus Lembaga Pelawat RKKTAF)
<>
JASAMU DIKENANG KEPADA SEMUA AHLI LEMBAGA PELAWAT RKKTAF LAMA ATAS KHIDMAT CEMERLANG KEPADA WARGA
RKKTAF YANG AKAN KAMI SELAKU AHLI LEMBAGA PELAWAT RKKTAF SESI BARU 2008/2010 JADIKAN SEBAGAI TITIKTOLAK MENERUSKAN ASAS YANG TELAH DIBINA KUKUH.
<>
Pisang Emas Dibawa Belayar
Masak Sebiji Di Atas Peti
Hutang Emas Boleh Dibayar
Hutang Budi Dibawa Mati
<>
[catatan: SILA DOUBLE CLICKS ATAS FOTO UNTUK BESARKAN FOTO]
Saturday, September 6, 2008
SEPETANG BERSAMA WARGA RKKTAF
GAMBAR "Sepetang Bersama Warga RKKTAF"
Pada 30 OGOS 2008 (Sabtu)
Sebahagian Ahli Lembaga Pelawat yang hadir:
Dari kiri..En Chaik, Tn Hj Mohd Basri, Pengetua RKKTAF (Pn.Salihah)....
Dari kiri: Pengetua (Pn Salihah), Tn Hj Sharafuddin Aisa,
Pn. Sharifah Rohani, Pn. Norrimas.....
Dari kiri: Pengerusi Lembaga Pelawat (Pakengku)
menyampaikan ucapan kepada para hadirin
PENGHARGAAN:
Dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIP (Majlis Agama Islam Pahang) yang bermurah hati membiayai kos makanan & minuman dalam majlis informal / santai "Sepetang Bersama Warga RKKTAF" melalui Tn Haji Sharafuddin Aisa Hj Osman (Pegawai Agama Daerah Kuantan ) selaku Pengerusi Biro Hal Ehwal Kanak-Kanak . Terima Kasih Daun Keladi...... !
Kepada Pengetua & Staff RKKTAF, Kanak-kanak penghuni RKKTAF dan Ahli Lembaga Pelawat yang dapat dihubungi oleh pihak RKKTAF dan dapat menghadiri majlis yang amat bermakna membolehkan hadirin berkenalan dan beramah mesra selepas Mesyuarat Lembaga Pelawat Pertama secara rasmi pada 25 OGOS 2008 (Isnin) diucapkan berbanyak terima kasih.
Mohon maaf atas sebarang kekurangan semasa majlis berlangsung .

Subscribe to:
Posts (Atom)