Wednesday, March 7, 2012

MESYAUARAT TERAKHIR SESI (2010-2012)

MESYUARAT BULANAN LEMBAGA PELAWAT TERAKHIR
BAGI SESI 2010 – 2012

Tarikh : 29 Februari 2012 ( Rabu)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Sumber RKKTAF

Mesyuarat kali ke sebelas bagi sesi 2010-2012 adalah mesyuarat terakhir Lembaga Pelawat sebelum bermula kuatkuasa sesi Lembaga Pelawat yang baru.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Puan Pengetua dan Timbalannya.

Sdra Wan Ismail bin Wan Majid telah dipilih oleh ahli Lembaga Pelawat yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat kerana ketiadaan Pengerusi Lembaga Pelawat yang tidak hadir kerana ada urusan di luar Pahang.

Menurut peraturan perlantikan menjadi Ahli Lembaga Pelawat terkini yang digunapakai, majority Ahli Lembaga Pelawat secara automatic gugur kerana mencukupi dua penggal berturut-turut berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pelawat RKKTAF.

Ahli Lembaga Pelawat yang gugur menepati tempoh khidmat merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri berkenaan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atas kepercayaan mengamanahkan peranan sebagai Ahli Lembaga Pelawai berakhir 29 Februari 2012.

Kami memohon maaf atas apa jua kelemahan dan kekurangan semasa mengalas amanah tersebut.

Berbanyak terima kasih kepada Pengetua selaku pentadbir RKKTAF dan seluruh staf/Kakitangan atas kerjasama yang diberikan atas matlamat yang dihasratkan iaitu kebajikan kepada semua kanak-kanak selaku penghuni RKKTAF.

Kepada semua ahli Lembaga Pelawat yang bakal dilantik untuk berkhidmat diucapkan tahniah atas perlantikan dan Selamat Berkhidmat.

“KHIDMAT DIBERI, IKHLAS DI HATI”

Catatan Oleh:
Hj Mohd Shari bin Hj Md Pilus
Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF sesi 2010-2012
Tarikh: 07 MAC 2012

Monday, July 25, 2011

GRANT RM10,000.00 DARIPADA KEMENTERIAN




KENVENSYEN LEMBAGA PELAWAT INSTITUSI KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA BERLANGSUNG DI BTS HOTEL KUALA LUMPUR SEPERTI DIJADUALKAN PADA 18 JULAI 2011.

LEMBAGA PELAWAT RKKTAF KUANTAN TELAH DIWAKILI OLEH DUA ORANG AHLI LEMBAGA PELAWAT IAITU SETIAUSAHA (TN HJ MOHD SHARI BIN MD PILUS) DAN BENDAHARI (EN CHAIK MENG KENG)

PARA PESERTA DAN PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN TELAH BERKONGSI MAKLUMAT DAN PERKEMBANGAN TERKINI PERJALANAN SEMUA LEMBAGA PELAWAT MELALUI UCAPTAMA KETUA PENGARAH.

SESI FORUM DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA BERKAITAN ADALAH MEMBANTU KEARAH MEMANTAPKAN PENGURUSAN / PENTADBIRAN SETIAP LEMBAGA PELAWAT.

PERKARA PERLANTIKAN LEMBAGA PELAWAT YANG TERMAKTUB DALAM AKTA KANAK-KANAK 2001 - PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT SELAMAT)2007 TELAH TURUT DIBANGKITKAN.

TAULIAH / SURAT LANTIKAN OLEH MENTERI , HAD UMUR KHIDMAT SEORANG AHLI LEMBAGA PELAWAT DAN PENETAPAN TEMPOH MASA KHIDMAT / TUGAS SUKARELA DIMINTA UNTUK DIAMBIL PERHATIAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN.

DISARANKAN FAKTOR KESEDIAAN DAN KESIHATAN MENTAL & FIZIKAL INDIVIDU DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PELAWAT DEMI KEBERKESANAN PENTADBIRAN / PENGURUSAN SESEBUAH LEMBAGA PELAWAT.

SELAKU WAKIL LEMBAGA PELAWAT RKKTAF, BERSYUKUR DAPAT HADIR KERANA DAPAT BERINTERAKSI DENGAN BEBERAPA RAKAN-RAKAN AHLI LEMBAGA PELAWAT @ SUKARELAWAN DAN BERKONGSI PANDANGAN BERDASARKAN SITUASI SEBENAR LEMBAGA PELAWAT MASING-MASING.

CADANGAN UNTUK MEWUJUDKAN 'MODUL SOP' UNTUK SERAGAMKAN DIGUNAPAKAI OLEH LEMBAGA PELAWAT WAJARLAH DIMULAKAN SECEPAT MUNGKIN. LEMBAGA PELAWAT RKKTAF KUANTAN SEDIA BERKONGSI PENGALAMAN DALAM PENAMBAHBAIKAN PENTADBIRAN LEMBAGA PELAWAT.

KEWUJUDAN BLOG "KHIDMAT DIBERI, IKHLAS DI HATI" ADALAH BERTUJUAN MEMANFAATKAN MAKLUMAT DI HUJUNG JARI DALAM ERA ICT INI SEPERTI SARANAN KETUA PENGARAH SEMASA UCAPTAMA BELIAU.

DI DALAM MAJLIS PENUTUPAN RASMI, MENTERI PEMBANGUNAN KELUARGA, WANITA DAN MASYARAKAT TELAH MENYAMPAIKAN REPLIKA CEK BERNILAI RM10,000.00 UNTUK KEGUNAAN SETIAP LEMBAGA PELAWAT BERKENAAN.

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PETUGAS / URUSETIA KONVENSYEN YANG MEMBERIKAN LAYANAN ISTIMEWA KEPADA PARA WAKIL MEWAKILI LEMBAGA PELAWAT MEWAKILI INSTITUSI KEBAJIKAN SELURUH MALAYSIA.

SESUNGGUHNYA USAHA KEMENTERIAN MEMUKIMKAN WAKIL-WAKIL LEMBAGA PELAWAT AMATLAH DIHARGAI DALAM MEMANTAPKAN SEMUA LEMBAGA PELAWAT SETERUSNYA MANFAATKAN INSTITUSI KEBAJIKAN TEMPAT LEMBAGA PELAWAT BERKHIDMAT.

CATATAN OLEH:
LEMBAGA PELAWAT
RKKTAF KUANTAN SESI 2010/2012

25 JULAI 2011.

SETIAUSAHA LE

Sunday, July 17, 2011

KONVENSYEN LEMBAGA PELAWAT TAHUN 2011

KONVENSYEN LEMBAGA PELAWAT
INSTITUSI KEBAJIKAN MASYARAKAT TAHUN 2011


Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan
SESI 2010/12 akan diwakili oleh :
Pengerusi (Y.M Raja Ismail)
Setiausaha ( Hj Mohd Shari)
Bendahari ( En Chaik Meng Keng)


TARIKH : 18 JULAI 2011 (ISNIN)

TEMPAT : BERJAYA TIMES SQUARE, KUALA LUMPUR

PENGISIAN / ATURCARA DIJADUALKAN

Ucaptama Ketua Pengarah Kebajikan Malaysia Kebajikan (Jam 9.00 pagi)
“Lembaga Pelawat Menjana Transformasi Kebajikan”

Pembentangan Kerjas Kerja (1)
“Dana Dicari, Nikmat Dikecapi”

Forum
“Peranan Lembaga Pelawat Ke Arah Meningkatkan Kesejahteraan Penghuni Institusi”

Pembentangan Kertas Kerja (2)
“Hebatnya Sukarelawan”

Ucapan Perasmian Penutup Y.B Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Bersurai (Jam 5.00 ptg)

Tarikh Kemaskini: 17 Julai 2011

Oleh Setiausaha
Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan
Sesi 2010/12.


Tuesday, January 18, 2011

ULANG TAHUN KE 10 KPWKM



Sambutan ULANG TAHUN KE 10 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT telah diadakan di PWTC pada 17 JANUARI 2011.

Lembaga Pelawat RKKTAF Kuantan menerima undangan hadir ke majlis tersebut. Dua orang hadir seperti jemputan - Setiausaha dan seorang ahli lembaga pelawat ( Hj Mohd Shari dan En Wan Ismail).

Aturcara bermula 1.30 tengah hari - 4.00 petang dalam "Aktiviti bersama YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat" dan diikuti Majlis Perasmian oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke 6 sebaik ketibaan PM.

Kehadiran ramai jemputan terutama agensi2 dan badan NGO berkaitan serta JKM negeri2 (termasuk institusi bawah tadbiran)memeriahkan perjalanan majlis. Kehadiran melambangkan masyarakat malaysia berbilang bangsa dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, OKU dan NGO prihatin dan kakitangan kerajaan yang diamanahkan melaksanakan tanggungjawab mengerakkan fungsi KPWKM sendiri.

YB Menteri berkenaan menjelaskan secara ringkas perjalanan kementerian sejak 10 tahun lalu yang semakin bertambah bidang tanggungjawab perlu dan telah dilaksanakan untuk manfaat semua warga Malaysia tanpa mengira lokasi tempat tinggal.

YAB PM dalam ucapan perasmian pula amat berpuas hati atas sumbangan KPWKW sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan menghargai penambahbaikan perkhidmatan kepada masyarakat dari semasa ke semasa bermula seawal umur bayi hingga ke warga emas, OKU dan yang kurang bernasib baik. YAB PM merakamkan terima kasih kepada semua warga KPWKM atas khidmat telah diberikan dan mengharapkan berterusan menjalankan peranan tersebut.

Sepanjang tempoh sebaik selepas mendaftar diri hinggalah selesai majlis perasmian oleh YAB PM, hidangan makan minum percuma disajikan. Terima kasih aturkan ditempat yang strategik mudah dikunjungi untuk banyak pilihan.

Kemudahan surau ARRahman di PWTC memudahkan hadirin yang hadir dapat menunaikan kewajipan ibadah mereka dalam keadaan selesa dengan ruang solat & tempat berwudud mencukupi.

Kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan seluruh warga / kakitangannya yang berada di seluruh pelusuk Malaysia diucapkan SYABAS ! Semoga khidmat tuan / puan diterima Allah dan mendapat keredhanNYA.

Catatan laporan oleh: Setiausaha Lembaga Pelawat, RKKTAF Ktn (18.01.2011)

Wednesday, January 5, 2011

MESYUARAT LEMBAGA PELAWAT KALI KE 5 SESI 2010/12

RAKAMAN GAMBAR MESYUARAT .







Mesyuarat Lembaga Pelawat kali ke 5 sesi 2010/12 telah diadakan pada 05 JANUARI 2011 (RABU)jam 5.00 petang bertempat di Bilek Mesyuarat Pusat Sumber RKKTAF Kuantan.

Pengerusi & Setiausaha Lembaga Pelawat hadir mesyuarat bersama-sama sebahagian besar anggota Lembaga Pelawat kecuali anggota LP yang memaklumkan ketidakhadiran atas sebab tidak dapat dielakkan.

Turut hadir Pengetua RKKTAF (Pn Hjh Rakiyah Othman) , Timbalan Pengetua ( Pn Hjh Rusnani Salleh), Wakil Pengarah JKM Pahang (En Asmarah Satong)dan Pegawai Psikologi RKKTAF ( Pn Noor Shamsiah Hussin).

Barisan Kepimpinan Pentadbir RKKTAF telah melaporkan kepada majlis mesyuarat hal-hal berkaitan termasuk program / aktiviti semasa cuti sekolah hujung tahun 2010.

Mesyuarat memutuskan untuk cadangan penambahbaikan prasarana RKKTAF dan bilangan kakitangan untuk memaksimakan keberkesanan urusan pentadbiran demi kebajikan semua penghuni yang ditempatkan di RKKTAF.

Lembaga Pelawat akan mengambil inisiatif memajukan permintaan penambahbaikan kepada pihak kementerian supaya boleh dilaksanakan secepat mungkin.

Mesyuarat LP RKKTAF Kali ke-6 akan diadakan pada 09 MAC 2011 jam 5.00 petang (tertakluk kepada pindaan).

Catatan oleh:
Setiausaha
Lembaga Pelawat RKKTAF sesi 2010/12
Tarikh: 05 Januari 2011

Tuesday, October 12, 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI DI RKKTAF 08.10.2010

Hari jumaat tanggal 08 Oktober 2010 bersamaan 28 Syawal 1431 H amat bermakna buat semua kanak-kanak penghuni yang ditempatkan di RKKTAF Kuantan.

Lembaga Pelawat bersama-sama Pentadbiran RKKTAF Kuantan meraikan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di perkarangan RKKTAF secara terbuka menggunakan kemudahan yang ada termasuk mendirikan beberapa buah kanopi untuk keselesaan dan suasana perayaan hari raya yang sebenar.

Acara telah berlangsung seperti mana dijadualkan waktu petang selepas solat Jumaat. Para petugas dan staf RKKTAF dan Lembaga Pelawat yang berpakaian Baju Melayu telah bersama-sama melayan kanak-kanak penghuni RKKTAF serta tetamu jemputan serta keluarga masing-masing.

Berbagai jenis makanan dan minuman disediakan dan ditempatkan di bebarapa ‘gerai’ khas memudahkan hadirin bergerak untuk mengambil makanan dan minuman pilihan mereka.

Lemang, sate & ketupat, laksa, ayam goreng, cendol, kuehtiau, rojak buah, buah-buahan adalah di antara bahan menu turut dihidangkan.

Sebagaimana sambutan hari raya di mana-mana, pihak Lembaga Pelawat melalui pengerusi dan Jabatan kebajikan Masyarakat / RKKTAF melalui timbalanya telah menyampaikan ‘duit raya’ kepada semua kanak-kanak penghuni di majlis tersebut. Juga tidak ketinggalan diagihkan kepada kanak-kanak lain yang hadir bersama ibu bapa mereka.

Sambil menikmati jamuan hari raya, semua hadirin telah dihiburkan oleh kanak-kanak penghuni RKKTAF dengan persembahan menghiburkan semua termasuk tarian dan nyanyian.

Lembaga Pelawat amat berterima kasih kerana kehadiran Timbalan Pengarah JKM Pahang , Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Pengetua & Staf RKKTAF , Ahli Lembaga Pelawat , para jemputan bersama keluarga masing-masing. Juga turut hadir Pengetua Rumah Kanak-Kanak Penor yang baru di jalan Kuantan-Pekan.

Kepada semua yang menyumbangkan tenaga dan kewangan menjayakan sambutan hari raya RKKTAF 1431 H pada 08 Oktober 2010 yang lalu dirakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sebarang kekurangan dan kelemahan mohon dimaafkan.

Catatan:
Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF

Tarikh: 11.10.2010

Monday, August 16, 2010

LAPORAN KEWANGAN TABUNG LEMBAGA PELAWAT BAGI TAHUN BERAKHIR 31.12.2009

Alhamdullilah bersyukur kita seperti tahun-tahun sebelumnya, Lembaga Pelawat RKKTAF telah menyempurnakan keperluan penyediaan LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2009.

Sesalinan laporan berkaitan yang telah diaudit oleh audit luar yang bertauliah telah dihantar kepada Pengarah LHDN Malaysia dan Pengarah JKM Malaysia untuk makluman dan rekod.

Laporan kewangan tersebut mengandungi butiran-butiran Laporan Juruaudit, Lembangan Imbangan, Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan dan Nota kepada Akaun.

Adalah diharapkan para penderma sediada terdiri daripada dermawan individu , agensi, badan kerajaan dan koperat serta pihak swasta lain akan terus menyalurkan sumbangan demi kesejahteraan kanak-kanak penghuni yang ditempatkan di RKKTAF ini.

INSYAALLAH kami sebagai ahli Lembaga Pelawat bersama pentadbir RKKTAF akan pastikan sumbangan para dermawan digunakan sebaik mungkin sepertimana dibolehkan oleh peraturan sediada tambahan kepada peruntukan tahunan yang disalurkan oleh kerajaan.

Kepada para dermawan baru sukacita dimaklumkan bahawa setiap ringgit sumbangan kepada tabung lembaga pelawat adalah diberikan resit akuan penerimaan rasmi dan dikecualikan cukai oleh LHDN.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini Lembaga Pelawat RKKTAF berbesar hati supaya RKKTAF akan menjadi salah satu daripada tempat saluran penerima sumbangan ikhlas para dermawan.

Untuk sebarang maklumat dan penyaluran sumbangan derma para dermawan, silalah hubungi pihak pentadbir RKKTAF (waktu pejabat) di talian telefon: 09 – 566786 dan 09 – 5602021 serta No. Fax : 09 – 5681604.

Catatan oleh:
Setiausaha Lembaga Pelawat RKKTAF

Tarikh: 14 Ogos 2010.